16 September 2012

Itu cerita mereka :) Cerita anda?

Assalamualaikum.Hai (!)

Eh,menaip lagi Adda?Haha.Bila dah datang mood rajen nak menaip,nak membebel,memang setiap masa rasa rajen je nak buat entry.Kena cepat-cepat.Tak boleh tunggu esok.Al maklom laa. "SAYA NI KAN STUDENT LAGI.MASIH BERSEKOLAH.MASA SAYA PENUH DENGAN BELAJAR" *Fullamak.Skema seyh ayat aku* Haha.Takde laa.Masa banyak dihabiskan kat asrama yang memang tidak dibenarkan untuk membawa laptop atau segala barang yang seangkatan dengannya.So,dekat rumah je laa baru boleh buat entry bebanyak.Dah3,korang jangan banyak bunyi.Duduk diam-diam depan laptop tu,jom layan entry Adda yang seterusnya :)

Hmm.Setelah penat seharian duduk bercerita pasal IKAN *bercinta aku weyh dengan ikan* sebab nenek laa -.- Tidur pun mimpi pergi laut.Tengok orang jual ikan *Fuhh.TOP gilaaa kau Adda :O* Heh,memang jadi mimpi ngeri aku laa hari ni.Em,ok stop cerita pasal ikan.Dah naik sebati dah telinga aku dengar nama ikan hari ni.Tadi,makan nasi pun tak amik ikan.Kang,nenek tanye macam-macam,lemah cucunda nak jawab soalan-soalan nenda .__. Jadi,telur mata kerbau je laa yang menjadi pilihan hati Adda untuk makan malam,malam ni.Takpe laa.Ok laa tu.Nak makan ayam *takde sape nak bersihkan* Eh,asal kau tak bersihkan Adda?Haaaa,kau tatau bersihkan ayam eh?Anak dara ape ni *Weyh Kak Limah (!) Aku tak pandai bersihkan ayam bukan sebab aku tak tahu.Err,memang tak tahu punn-.- tapi bukan sebab taknak belajar.Cumaa,aku fobia sikit dengan darah *jengjengjeng* Pffft =___="

Perjalanan hidup yang masih jauh :3

Ok,dahhh BERHENTI (!) Dah dua perenggan kau punye pendahuluan Adda.Dalam karangan pun,perenggan pendahuluan tu yang first je.Cikgu mana mengajar kau perenggan pendahuluan sampai 2 perenggan? *Cikgu halimunan aku* Banyak laa kau.Hmmmmm.Jadi,entry yang kedua ni Adda nak mengupas *cewahhh ayat-.-"* tentang sebuah KISAH CINTA *Uuuuu o.O* Bukan kisah cinta Adda eh.Emm,macam mana seorang isteri yang merupakan seorang DOKTOR PAKAR dan suami seorang ENGINEER mampu mengatur masa dengan baik.Haaa,menarik kan?Act,cerita ni pun Adda dengar daripada orang.Hari tu pergi klinik.Bosan punye pasal tunggu bas tak datang-datang amik,Adda berborak laa dengan sorang kakak ni.Dia pun cerita laaa.Adda dengan penuh khusyuk mendengar.So,kalau Adda boleh dengar dengan khusyuk,korang mesti BACA dengan KHUSYUK jugak (!) Haha.

Ok,apa pandangan orang bila dengar DOKTOR dengan ENGINEER duduk satu rumah.I mean KAHWEN.Mesti ade suara halus yang berbisik

"Ish,kesian laki dia.Balik malam,isteri takde kat rumah"

"Sibuknye dua-dua.Habis bila masanye nak duduk sama-sama?"

"Anak dieorang nanti mesti kesian kan?"

"Raya nanti macam mana?Si isteri beraya sorang laa ni?"

"Ish,kalau aku,TAK SANGGUP AKU *kau yang tak sanggup.Dieorang sanggup je*"

Dan macam-macam lagi laa ayat dan persoalan yang akan dipertikaikan.Tapi,act pada Adda kisah hidup dieorang ni lebih kurang sama je macam Aa+Bb.Addin dengan Benz.Tapi,melalui cerita akak ni,macam hidup dieorang lagi busy laaa.Hakikat hidup mereka yang sebenar :


  • Si suami memang selalu balik rumah,tapi isteri takde malam-malam.
  • Dan si isteri pun selalu ditinggalkan sampai berhari-hari kerana suami sibuk bekerja.
  • Waktu raya pun macam tu jugak.Dah selalu beraya tanpa salah seorang di sisi.
  • Anak pun orang gaji yang jaga.
  • Susah untuk dapat bercuti bersama.
  • Dan macam-macam lagi laa.
Adda yang dengar cerita tu,memberi respon yg macam ni : 

"Hah?! Biar betul Kak Farah.Baik tak payah kahwen macam tuu.Serupa macam tak kahwen"

"Kesiannye bini dia.Asyik kena tinggal je.Eh,laki dia pun kesian jugak-.-"

"Anak die mesti kurang kasih sayang.Ahhh,kesian3:')"

"Habis bila masa yang dua-dua ade kat rumah?"

Huissshh.Korang pun mesti akan memberi respon yang sama jugak.Adda yakin.Gilaa kan?Macam mana laa dieorang nak hidup sebagai suami isteri kalau mcm tu?Selalu takde kat rumah.Asyik sibuk kerja.Huh.Dan persoalan-persoalan Adda tu dijawab oleh Kak Farah,

Dieorang tetapkan,bila balik je rumah,TOLONG LUPAKAN PASAL KERJA BUAT SEMENTARA WAKTU AND FOKUS PADA ANAK :) Lagi,kalau terpaksa beraya sorang-sorang,BIASAKAN DIRI DENGAN KEADAAN tuu.Dan dan dan,yang paling buat Adda rasa "Ahhhhh,sweetnye" bila dieorang jawab semua persoalan orang-orang dengan SEBAB KAMI SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN. *pengsan*

Tips mereka : Nak pilih pasangan hidup satu hari nanti,PILIHLAH YANG FAHAM KITA :) YANG SANGAT-SANGAT MEMAHAMI KITA.Tu je tips mereka :'D

Hailaaa.Terharu dengan tips dieorang.Simple je kan.Sebab masing-masing faham dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing,jadi bila dieorang menghadapi situasi yang macam tu,dieorang tak kesah :) Kesimpulan untuk entry kali ni,apa saja pilihan yang kita buat biarlah menepati cita rasa.Kalau kita nak pilih seseorang seperti KAWAN ke.Atau yang paling utama TEMAN HIDUP satu hari nanti,pilihlaa YANG FAHAM KITAAAA >.<

Haaa,sekian sahaja KISAH CINTA DOKTOR dan ENGINEER.Ini kisah mereka.Kisah anda?Anda yang tentukan *alamak,ayat promoter laa Adda =____=""* Tiba-tiba memasang angan "Aku nak suami ENGINEER boleh tak?Macam cool je lelaki yang jadi ENGINEER ni :D "

Haha.Merepek dah kau ni Adda.Ok,bye.Assalamualaikum :)

No comments: