24 October 2012

Dakwah adalah Kreativiti :)



Bismillahirrahmanirrahim:)



"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata : "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada Allah)!" (Surah Fussilat 41 : 33)

Tak semua orang boleh menerima cara kita berdakwah,cara kita menyampaikan.Betul tak?Sebab,hati masing-masing lain-lain.Tak sama.Jadi,apa salahnya kalau kita berdakwah ikut cara nabi:D secara berhikmah,penuh nasihat,bijaksana dan perbahasan.

Hmm,mesti akan ada orang yang cakap,
    "Ala..zaman nabi,zaman nabi laaa.Sekarang ni,orang dah nak menuju wawasan 2020.Dah maju"

Senyum.Hai cik akak,cik abang.Kalau macam tu,kita pakailaa cara BIJAKSANA tuu.Sekarang,dah maju,dah moden.Ada kecanggihan.Jadi untuk apa semua tu?Haaa,jawab3.Kita guna laa semua teknologi yang ada ni sebagai medium untuk berdakwah:)

Tak susah.Sebab tu laa kita kena kreatif supaya orang-orang tertarik.Mereka dekat luar sana tu,tahu tentang Islam.Tahu bahawa agama yang mereka anuti itu adalah Islam,Kita semua sembah pada Tuhan yang sama.Kita juga merupakan pengikut Rasullullah S.A.W.Takde apa yang membezakan kita.Pegangan dan aqidah kita tetap sama.Cuma apa yang kurang,mereka mungkin belum ada kefahaman.Dan itu semua,perlu dicari.Sebab,

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka sendiri yang merubahnya"

Jadi,pada mereka yang dah tahu,kenalah berdakwah.Sekarang,berdakwah bukan hanya perlu di masjid,surau,majlis-majlis ilmu.Tak.Cukup sekadar menyampaikan sepotong ayat,sekalung nasihat,itu sudah memadai.Biar sedikit,asal dijadikan panduan.InsyaAllah:)

Assalamualaikum.Uhibbukifillah.

2 comments:

nadi said...

comel doodle tuu semua :D
yes ,dakwah harus kreatif . barulah berkesan kann ? btw, nice post . keep it up . may Allah bless you :)

Adda :) said...

Terima kasih :) Terus menyokong.InsyaAllah.Uhibbukifillah<3