25 October 2012

Kerana dia bergelar ibu..

Assalamualaikum.Hai.

First,selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat kat luar sana:) Alhamdulillah.Ok laa,pagi-pagi raya yang hening ni,Adda nak share something.Sebuah cerita.Kisah benar.Hmm,rasa sayu bila dengar cerita ni tadi waktu makan.Ada timbul sedikit keinsafan dalam diri.

"Ya Allah,kasihanilah kedua ibu-bapaku sebagaimana mereka telah mengasihaniku sewaktu aku masih kecil"
Nampak tajukkan?KERANA DIA BERGELAR IBU.Mesti dah boleh agak apa yang Adda nak ceritakan untuk entry kali ni.Ya,ibu.Insan yang dah mengandungkan,melahirkan,membesarkan kita.Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.Semua itu diabaikan demi melahirkan generasi yang bakal meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini.

Tapi,apabila usia sudah menjangkau puluhan tahun,sudah berumah tangga,mempunyai keluarga sendiri,ibu dibiarkan.Ibu seolah-olah bukan lagi insan yang penting dalam hidupnya.Kenapa begitu mudah membuang seorang insan yang telah banyak berjasa kepadanya?

Luahan hati seorang nenek kepada cucunya,

Nenek : Ani (bukan nama sebenar) ,anak nenek sorang je.Ayah kamu laa.Tapi,pagi-pagi raya ni,mak kamu tak pernah nak datang melawat nenek kat sini.
Cucu : Ala nek,Ani kan ada.Janganlah sedih-sedih.
Nenek : Apa laa nasib nenek kan.Anak ade sorang.Nenek sedih.Setahun sekali je ayah dengan mak kamu salam nenek.Waktu raya je.Itu pun,salam je.Mak kamu nak peluk,cium nenek pun geli.
Ani : Nek..
Nenek : Nanti kalau nenek mati,tak payah laa nak peluk,cium mayat nenek.Dah tak guna dah.

Ya Allah,menitis air mata aku.

Ani : Nek,tak baik cakap macam tu..
Nenek : Sebab tu hidup dieorang berdua tak pernah senang.Hari tu,kereta ayah kena langgar..tu Allah nak tunjuk tu.
Ani : Kenapa nenek cakap macam tu?
Nenek : Sebab nenek TAK PERNAH RESTU ayah kamu tukar kereta baru.Takkan pernah restu.
Ani : Nek..
Nenek : Ayah kamu tu duduk menghadap kitab 24 jam,tapi adab dengan ibu sendiri pun tak tahu.Bercakap tentang agama pandai,tapi tanggungjawab dia sebagai anak melayang tah ke mana.Sebanyak mana pun ilmu dia,ibadah dia,kalau redha nenek dia tak dapat,jangan harapkan nak masuk syurga.Cium bau syurga pun takkan dapat.

Ya Allah,sampai macam tu sekali kecewanya hati seorang ibu.Penuh dengan kekecewaan.Percayalah,di usia senja mereka bukan wang ringgit yang dipinta.Cukuplah dengan kasih sayang.Belaian.Perhatian.

Duhai Adam,
Ingatlah..syurgamu terletak di bawah telapak kaki ibu.Biarpun suatu hari nanti,kamu akan mempunyai isteri,keluarga.Namun,ibu tetap ibu.


Duhai Hawa,
Syurgamu terletak di bawah telapak kaki suami,tidak bermaksud kamu boleh menderhakai ibu kamu.Sayangilah mereka.Taati mereka.Jangan pernah sekali-kali kamu menitiskan air mata mereka kerana kecewa dengan perbuatan,percakapanmu.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapamu..
Ya,kerana dia bergelar ibu..

Entry Adda kali ni,untuk peringatan buat diri ini jugak serta untuk mereka di luar sana.InsyaAllah.
Assalamualaikum.


1 comment:

Ainna (Nur Ain Najihah) said...

Salam. Alhamdulillah:) Saya bersyukur kerana masih ada orang yang mahu memperingatkan sesama muslim.. Saya mendoakan anada sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Semoga kita dapat menjalin hubungan yang baik tahun hadapan. Bimbinglah saya. Mungkin saya tak layak memberikan nasihat tapi, La Tahzan, Gadisku.. If you never thanks Allah after every Smilie,then you have no right to blame Him for every tears.