14 December 2012

Yakin dengan aturan Dia :')

Assalamualaikum.Hai semua :D

Lama rasanya Adda tinggalkan blog ni.Tengok,dah berhabuk dah *Fuhh.Tiup habuk* Haha.Ada je yang Adda nak merapu -.- Ok laa.Jadi,hari ni.Tarikh yang paling indah dalam kalendar hijrah 1/2/34,Adda kembali membuat entry :) Tiada paksaan untuk membaca.Adda sekadar ingin berkongsi^^ Baca ni,



Jika ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Jika ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Jika ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Jika ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Jika ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Jika ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Jika ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Jika ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Jika ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah
diri kita.Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.Bak kata pepatah , di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan . InsyaAllah, Allah akan permudahkan.


Dan lagi,persoalan yang sering kita lontarkan.Kenapa ujian yang kita terima berbeza-beza.Dia dapat ujian ringan.Aku diuji dengan seberat-berat ujian.Jangan mempertikaikan kenapa kita dapat ujian berat, orang lain dapat ujian ringan. Sebenarnya, sama saja.Kerana apa? Kerana Allah itu Maha Adil.Dan kita kena selalu ingat.Allah memberi kesusahan yang berbeza-beza dan menguji manusia dengan cara yang berbeza-beza kerana kemampuan manusia berbeza-beza :) Nampak tak?

Yakin dengan Allah.Kerana apa?Kerana Dia Maha Mengetahui :)

No comments: