28 November 2012

Kehidupan itu satu PENGEMBARAAN

Assalamualaikum.Hai:)

Ok,alhamdulillah.Masuk hari ni dah hari ketiga Adda ikuti KEM REMAJA ANAKKU SOLEH SOLEHAH:D So far,Alhamdulillah.Memang best.Tak tahu kenapa.Walaupun hanya diadakan secara UNDERGROUND *fullamak ayat* Haha.Betul laa.Tertutup.Tak semua orang tahu.Sebab,dana tak mencukupi.Tapi,rasa beruntung sebab diri ni terpilih^^ Bersyukur sangat.So,semalam..hari kedua.Tak banyak aktiviti yang dijalankan.Cuma bacaan Al Quran,latihan dalam kumpulan dan pembentangan.Emm.

Tiba-tiba tadi kan hati Adda terdetik.Tak semua orang macam kau Adda.Entah laa.Rasa sangat bersyukur diri ni ditempatkan kat Selandar sana tu.Tahu sebab apa?Sebab suasana dekat sana tak sama dengan suasana dan persekitaran bila ada kat luar.Bila kat sana,kita hanya berjumpa dengan mereka yg se-LEVEL dengan kita.Tapi,bila keluar..

Bersyukur.Ye.Dan terus bersyukur.Seandainya diri merasa seolah-olah kita yang paling jahil,sebenarnya di dunia luar,terlalu ramai yang memerlukan bimbingan.Di luar,kita susah untuk jumpa ustazah atau ustaz yang etul-betul TIP TOP macam kat sekolah.Kat luar jugak,susah untuk kita jumpa dengan orang atau rakan-rakan yang sama LEVEL dengan kita macam dekat sekolah.Sebab apa?Sebab kita adalah yang terpilih.

Selingan :)

Jadi sebab tu kita kena besyukur.Bersyukur sebab kita terpelihara,terjaga daripada segala ancaman bahaya kat luar sana tu.Maaf.Adda tak cakap yang orang yang tak duduk asrama ni NAKAL.Tidak.Sebab semuanya bermula daripada HATI.Tahu sebab apa?Baca ni :

"Sebaik-baik anggota dalam diri kita adalah HATI.Dan sejahat-jahat anggota juga adalah HATI"

Nampak tak?Sebab itu,hati ni kena jaga.Percayalahh,apa yang terzahir dari segi perlakuan dan pertuturan itu semuanya lahir daripada hati kita.Hari tu,ade ustaz datang sekolah Adda.Dia ada pesan ayat ni.Jangan pernah kita menuturkan ayat yang sebegini : 

"Alah,dia tu nampak je baik.Tapi,sebenarnya jahat"
"Alah,kau nampak je aku ni jahat,tapi sebenarnya hati aku baik"

Ustaz tu kata,takde istilah macam tu.Tahu sebab apa?Sebab,perlakuan kita akan terzahir seiring dengan niat di hati.Jika kita melihat luarannya itu baik,maka dalamannya juga in sya allah masih baik.Ye.Mungkin kita sering dengar istilah HIPOKRIT.Tak dinafikan.Tapi,sedar atau tidak.Dalam melakukan kebaikan itu perlu ada keterpaksaan.Tahu sebab apa?Sebab nafsu juga turut ada dalam diri.Untuk melakukan kebaikan,perlu memaksa diri.Kerana,kebaikan itu tidak dapat dilakukan sampai bila-2 jika menunggu kerelaan daripada diri sendiri:) Kadang-2 dalam keterpaksaan itu akhirnya akan membawa diri kita IKHLAS *secara automatik tau* untuk meneruskan kebaikan.Sebab,ianya *salah dari segi bahasa melayu* sangat MANIS^^ Cubalah rasa:D Tak rugi.Cari.Sebab hidup kita ni merupakan satu perjalanan yang sangat panjang yang sangat memerlukan pencarian.Maka,teruslah mencari selagi kehidupan belum berakhir.Mujahadah wahai muslimin dan muslimat sekalian.MUJAHADAH dan ISTIQAMAH(: In sya Allah.

Fahamkan.

Sebenarnya dalam hidup ni terlalu banyak sangat perkara yang kita perlu cari dan kita perlu jadikan iktibar dan jadikan pelajaran.Kerana kita hidup berdasarkan pengalaman.Ye.Pengalaman.Jadikan pengalaman sebagai satu tititk tolak untuk kita semakin kuat dan matang dalam menghadapi cabaran.Bukannya membawa kemunduran pada diri.Ingat tu^^

Ok laa,sampai sini je dulu.Apa yang Adda dah kongsikan ini harap dapat dijadikan input untuk sesiapa yang membaca:) Segala yang baik itu datangya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada Allah jua tetapi disandarkan kepada Adda.Harap salah dan silap dapat dimaafkan.Segala kekurangan juga harap dimaafkan.Em,doakan Adda esok^^ Untuk aktiviti esok hari,kitaorang akan BERKAYAK:D Yeahh.FIRST TIME.Excited laa jugak.Sampai sini je dulu.Bye.Assalamualaikum:<

2 comments:

Akmal Khalidah said...

Nice post! Betul tu. Kadang2 pun menyesal masuk sharodz. Tak suka. Tapi bila fikir balik rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya dapatlah jaga pandangan. Semua perempuan kann. Nak "tackle" ustaz2 tu semua dah kawen. Lol gitu pulak.

Dan ada sorang ustaz ni pun pernah cakap yang kalau nak buat satu amalan tu mmg kena paksa diri. Sebab lama2 kita akan ikhlas :D

Oh, akak pergi kem dengan Mun yaa?

Moga Allah memberkati kehidupan akak :D Amin :)

Adda :) said...

Oh..alhamdulillah :) sebenarnya kita manusia ni susah sangat nak bersyukur dgn apa yang ada kan?Yup.Akak pergi kem yg Mun pergi tu^^ Alhamdulillah :) BEST. Terima kasih amal.Semoga Allah memberkati hidup kita :)