14 September 2013

After a few months

With the name of Allah, The Most Faithful and The Most Almighty.
I start my entry.

Assalamualaikum semua.
It has been a long long longgg time since I'm not updating my blog, right? Ramai yang tanya, kenapa tak update. Dan jawapan yg Adda bagi, "Sibuk laa, tak sempat nak update." Haha. Jawapan yang "cliche". Alasan yang sebenar, cukup Adda je yang tahu :) Okay, so today, I'm back. Sebagai Adda yang baru, InsyaAllah.

Last entry Adda, bertarikh 1 Januari 2013 kalau tak silap. Dan hari ni dah bulan September. Lama kan? Dan dalam tempoh tu macam-macam yang jadi. Banyak benda yang Adda belajar. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara. Hidup ni satu pengembaraan yang mengajar kita 1001 perkara. That's why, kita kena pilih jalan yang betul. Jangan pilih jalan yang salah. Kalau tak, pengakhiran untuk destinasi tu pasti akan mengecewakan anda sendiri.


"Allah tak adil."
"Kenapa Allah bagi aku dugaan ni?"
"Kenapa Allah tak tolong aku?"
"Allah dah tak sayang aku"

Selalu sangat ayat tu keluar daripada mulut kita. Termasuk laa diri ini. Bersangka buruk dengan Allah. Bila apa yang kita rancang tak menjadi seperti yang dirancang, maka tatkala itu kita mula menyalahkan aturan Allah. Kita mula meragui ketentuanNya. Kita mula berhenti percaya pada takdirNya. Itulah manusia. Tapi,sedar atau pun tidak, aturan yang Allah dah susun untuk kita semuanya yang terbaik untuk hamba-hamba Dia. Cuba fikir, selama berapa tahun kita hidup, semua jalan cerita, setiap perkara yang kita lalui adalah aturan dan susunan daripada Dia. Persoalannya, bahagiakah hidup kita sekarang? Selama berbelas tahun kita hidup dia atas jalan cerita Dia, mengapa baru sekarang kita hilang keyakinan padaNya? Mengapa baru sekarang kita meragui dengan aturanNya? Mengapa baru kini kita menyalahkan takdir? Hingga ke saat ini, saat anda membaca entry ini, anda sedang, masih menghirup udara segar dan nikmat yang Allah bagi. Masih lagi ingin menyalahkan Dia? Ingatlah, bila kita redha dengan sesuatu perkara yang mengecewakan kita, percayalah bahawa Allah pasti menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu perkara yang tak dijangka. InsyaAllah.


Manusia ini Allah ciptakan bersama HARAPAN. Harapan untuk hidup pada hari esok. Harapan dalam merancang semua perkara. Harapan dalam melaksanakan pelbagai urusan di dunia ini. Dan juga harapan untuk meneruskan kehidupan. Seandainya harapan itu tiada, maka manusia akan berputus asa dalam meneruskan perjalanan yang penuh pancaroba ini. Manusia selalu berburuk sangka dengan Allah. Bila mereka tak dapat apa yang mereka nak. Tapi, cuba baca ni. 

"Seorang anak kecil, merengek-rengek kepada ibunya meminta pisau di tangan. Kerana pada dia, pisau itu satu permainan yang 'menyeronokkan'" Persoalannya, adakah si ibu memberi pisau itu? Tidak. Biarpun si anak itu menanges air mata darah sekalipun, si ibu tetap tidak berganjak dengan keputusannya. Kerana apa? Kerana si ibu sayang kepada anaknya. Betul?

Dan situasinya sama seperti kita dengan pencipta :) Kita merengek, menangis, merayu dengan Allah untuk Dia beri apa yang kita inginkan. Kita rasakan apa yang kita inginkan itu terbaik untuk kita. Seolah-olah kita lebih tahu dan kenal dengan diri kita. Tapi itu semua hanya fitrah sebagai manusia. Realitinya, hanya Dia yang mencipta kita yang lebih kenal diri kita. Allah takkan bagi apa yang kita nak sekiranya perkara itu hanya akan memudaratkan diri kita sendiri. Hanya akan membuat diri kita sakit. Sama macam situasi si ibu dengan anak tadi. Ya, kita memang sedih, kecewa bila kita tak dapat apa yang kita inginkan. Tapi, adalah lebih sakit sekiranya kita terluka bila bermain dengan pisau tu. Jadi, kerana itu juga Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan. Kerana Dia yang Lebih Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.


Keyakinan dan kepercayaan. Read this,
"Sejauh mana kita percaya pada Allah, sejauh itulah Dia akan bersama kita. Sungguh indah bagi yang bercinta denganNya. Kerana tuan punya jiwa pasti tahu melapangkan dan membahagiakanmu."

Merancang untuk hari esok sedangkan kita belum pasti sama ada kita berpeluang untuk hidup atau tidak pada hari esok. Tapi, kita tetap merancang. Kerana apa? Kerana adanya HARAPAN. Kerana adanya KEYAKINAN kepada Allah. Kita yakin bahawa Allah yang akan menentukan segalanya. Dalam sekecil-kecil perkara, kita mampu meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah. Tapi mengapa, bila tiba kepada sesuatu perkara yang besar, yang rasa seperti tidak mampu ditanggung, kita mula hilang keyakinan dan keprecayaan pada Dia. Waktu tu kita dapat lihat, sejauh mana tahap kebergantungan kita kepada Allah.

Adda ada satu gambaran yang mudah untuk semua faham. Seandainya, orang yang kita cinta dan mencintai kita memegang sebilah pisau di tangan. Adakah kita takut? Tidak. Kerana apa? Kerana kita tahu, dia mencintai kita. Mana mungkin dia ingin mencederakan orang yang dia cintai. Am I right? Macam tu juga dengan Allah :) Dia timpakan kita sesuatu ujian, dugaan, musibah dan rasa takut, rasa sedih dalam hati. Tapi, satu hal yang kita kena tahu, apa pun yang dia beri untuk kita bukanlah bertujuan utuk mencederakan, menyakiti kita. Kerana Dia mencintai kita lebih daripada kita mencintai Dia. Apa pun perkara yang buruk menimpa kita, percayalah bahawa kita berada dalam tangan yang kita cintai :D "Kalau apa-apa pun terjadi pada kita, bukankah itu Dia yang susun? Apakah ada susunanNya yang buruk? Bukankah dia hanya ingin yang terbaik buat kita? Fikirkan.


Terkadang kita alpa. Kita leka. Tapi yakinlah, setiap apa yang menimpa diri, pasti ada hikmah di penghujungnya. Adda rasa macam mimpi. Dah lebih sebulan sejak perkara tu jadi. Kejadian yang penuh tragis. Menyayat hati. Yang buatkan Adda sedar sesuatu. Yang mengajar Adda erti percaya. Yakin. Dan juga kebergantungan pada Allah. Pada mereka yang tahu kisah itu, Adda ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa berada di sisi Adda. Yang tak putus-putus bagi semangat untuk Adda bangun balik. Tak semudah yang disangka. Untuk bangun balik, dan teruskan hidup macam biasa, sangat susah untuk Adda. Dua tahun jalani hidup dengan benda baru. Dan selepas dua tahun, kembali menjadi Adda yang dulu, itu bukan satu yang mudah untuk Adda. Tapi, masih bersyukur kerana Allah tidak membiarkan Adda berjalan seorang diri di jalan yang Adda pilih ini. Jalan yang Adda yakin mampu membawa Adda kepada pengakhiran yang baik untuk diri ini.

Lepaskan segalanya dan serahkan pada Dia. Itu yang Adda cuba lakukan. Hidup kat dunia ni, bukanlah satu perkara yang menyeronokkan jika kita semua menjadi org yang tahu. Dunia ini fana. Dunia ini neraka bagi orang yang beriman. Dunia ini satu kencah yang penuh dengan pancaroba. Sehingga, kita sering terjatuh di lembah dosa yang sama setiap kali kita ingin berubah. Tapi Allah itu Maha Pengampun. Pengampunan Allah itu luas. Maka ambillah peluang itu :) InsyaAllah. Sometimes the wrong choices bring us to the right place ;)
Till here. Thanks for reading. May Allah bless^^

4 comments:

Anonymous said...

Be strong Adda :')

Si kaca mata said...

Allah lebih tahu. Xpe, ada hikmah.Sabar..

ainnl_ said...

Teruskan berjalan, allah ada nak smbut bila adda jath, as long kita berjalan di jalanNya

ynwa said...

I know you can do it. :) you always looked strong. ^^