12 October 2013

My heart said so.

Assalamualaikum. Hai.

Hm, sekali lagi datang mood nak update blog. Rasa macam ada benda nak cerita. Nak luahkan. Tapi tatau apa dia. Biarkan je jari ni menaip apa yang terlintas kat fikiran. Yang terlintas kat hati. 7/10/13 hari tu dah genap 2 bulan. Adda sendiri tatau kenapa perlu kira tarikh tu semua. Mungkin sebab hati belum merelakan. Mungkin. I admit it.

Lemahnya Adda. Persoalannya, kenapa sedih bila tinggalkan maksiat? Maksiat. Dosa. Kenapa kena rasa menyesal? Jahil sangat ke diri? Gelap sangat ke hati ni? Nurshuhadah Zuhaidi. Membesar dalam suasana yang sempurna. Dapat didikan agama yang cukup, InsyaAllah. Sekolah kat sekolah yang bagus. Ada kawan-kawan yang sefikrah. Tapi kenapa jadi macam ni? Fikir balik Adda.


Kenapa senang sangat putus asa macam ni? Kenapa hati tu masih cintakan perkara-perkara maksiat? Kenapa macam ni? Tanya diri tu balik.
Aku rasa berdosa. Aku rasa menyesal. Aku rasa semua tu. Tapi kenapa sampai sekarang aku masih tak dapat terima hakikat tu.
Adda,
Allah itu yang paling utama.
Kau diutuskan untuk jadi khalifah di muka bumi ini.
Kau akan kembali kepada Pencipta kau.
Itu yang pasti.
Kejar. Cari. Cinta Allah.
Lepaskan semuanya Adda. Serahkan pada Allah untuk Dia jaga. Untuk dia uruskan.

Cuba kau fikir. Saudara-saudara di Palestin sana, semua tengah berjuang. Pertahankan agama. Nak dapatkan syahid di jalan Allah. Besar pengorbanan mereka. Tapi kau kat sini? Dah laa tak mampu nak bantu saudara-saudara sendiri kat sana, tapi langsung taknak cuba untuk majukan dan perbetulkan diri. Tapi satu benda yang kita kena tahu. Mereka berjihad. Dan kita juga sebenarnya sedang berjihad. Cuma berbeza medan. Mereka berjihad mempertahankan agama. Mempertahankan bumi tanah Islam. Dan kita juga berjuang. Berjuang memerangi nafsu. Ya, itu adalah satu jihad yang susah. Bukan senang.

                               

Ya Allah,
Remove any love from my heart. Except for the love to You solely.

"Hati terasa SUNYI. Mungkin kerana Allah belum bertakhta di hati"

Kau baru 16 tahun Adda.
Tugas kau sekarang ialah belajar. Belajar tu bukan senang. Jadi jangan sia-siakan perjalanan hidup kau ni dengan perkara-perkara remeh yang tak sepatutnya. Utamakan yang utama dulu. Ingat mak ayah. Ingat balik nawaitu kita sebagai hamba Dia. Ingat balik semua tu. Jangan leka. Sekali pun jangan.

Dan satu lagi. Kau tu orang yang menjaga. Menjaga kalam-kalam Allah. Hafizah. Tapi kenapa peribadi kau tak menggambarkan yang kau seorang hafizah. Mana peribadi kau? Sepatutnya, setiap saat, kau kena jaga tajwid kau dengan Allah. Jaga setiap hafalan kau. Bukan macam ni. Bukan dengan buat perkara-perkara lagha macam ni. Bukan dengan mendekati maksiat. Bukan dengan membawa diri ke lembah kehinaan. Kau orang yang tahu. Takkan nak jadi munafik? Tak takut balasan Allah ke? :'(
Allah. Banyaknya. Banyak dosa. Banyak silap. Banyak kekurangan dalam diri ni. Ya Allah, ampunkan Adda.


Jadi, mulai saat ini. Betulkan mana yang silap. Jauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat. Laksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Tu baru betul. Allah yang tentukan perjalanan hidup kau di muka bumi ini. Serahkan pada Allah. Allah tu Maha Mengetahui. Yakin dengan segala aturanNya.
Stay on the right path Adda.
Dan buat benda yang Allah suka.
Bukan yang Allah murka.
Untuk dapat syurga Allah. Untuk gapai redha Allah.


Ingat,
Dunia ni dah tak lama dah. Masa pun makin pendek. Kiamat tu semakin hampir. Maka, persiapkan diri Adda. Cukupkan bekalan untuk pulang ke sana. Kejar akhirat, maka dunia akan datang kepada kamu. Jangan kejar dunia. Kerana dunia semakin dikejar, semakin jauh. Tapi akhirat itu semakin dikejar, semakin hampir kita dengannya :) InsyaAllah. Semoga esok, kita akan menjadi insan yang lagi baik daripada semalam.

3 comments:

Aina said...

Istiqamah Adda :) Takpe. Setiap pendosa itu ada masa depan yg cerah..

Aina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
YNWA said...

Memang betul. Amanah sebagai pelajar perlu didahulukan. Jihad melawan nafsu mesti diteruskan. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membuka ruang kepada kita untuk berubah menjadi lebih baik.