25 April 2014

Untuk mereka yang teristimewa :)

Membesar di bumi selandar, bukannya seorang diri. Alhamdulillah, harini rasa mahu mengupdate entry. Untuk mereka yang teristimewa :) Menjadi teman seperjuangan yeahh.

Tempoh masa 4 bulan ini merupakan saat terindah dan moga menjadi kenangan yang abadi, insyaAllah. AHMAD RAZIN MOHD NIZAR. NURUL SAKINAH MOHD HEREE. Kalian adalah adik adik org dunia akhirat insyaAllah. Terima kasih untuk semua kenangan, pahit manis semua orang simpan. Suka duka semuanya dah sedia terakam dalam kotak ingatan orang.

Sakinah. Since last year jadi adik dorm org, adik yang sangat bising, heboh, tapi pada masa yg sama seorang yang baik, memahami, comel *err,mungkin* Haha. Then ukhuwah tu berterusan pulak bila awak dilantik utk bekerja dengan saya di bawah satu organisasi. Dan Allah masih nak kita bersama di atas jalan yang sama. Bahas lagi. Terlalu banyak sangat kenangan dengan awak, Sakinah. Orang layan perangai gila-gila kina yang sentiasa buat hidup ni ceria. Tetiba teringat lagu, "Sukanya bila dia ceria" Lagu jenama susu sustagen mungkin. HAHA. K,selingan. Ingat tak kenangan bahas? Kita suka argue dgn benda yang entah apa-apa. Tapi yang pasti org selalu menang ;) Dan ingat tak orang selalu usik kina dengan razin? Saje jeee. Orang nak korang rasa selesa. Tapi, rasanya macam terlebih selesa je. Macam terlebih selesa je. K, ingat tak orang jadi SYASYA SOLERO *kekelip mata* lol. Itu sangat KELAKAR dan TIDAK MATANGG. Mohon tidak membenci. HAHA. Terlalu banyak sangat kenangan dengan kina, rasanya kalau nak ditulis, panjang entry ni. Mesti bosan baca. Dan untuk kerja pengawas pun, org akui kina yg selalu jadi mangsa kalau apa-apa. Tapi, jujur. Biar lah dalam kalangan pengawas form kina tu, ada seorang yg rasa dan betul-betul menjiwai kerja pengawas tu. Orang nampak potensi dalam diri awak. Tapi bukan bermaksud org lain tak. Bukan. Cuma mungkin kina org dah kenal lama dan lebih selesa dengan kina, and kina pun lebih kenal orang macam mana berbanding dengan yang lain. Jadi, mohon untuk terus menyokong saya sebelum saya melepaskan tangan awak :) Thanks for all the memories. I love you dear,till Firdausy. *k,mcm ada air kat pipi* K, ni gambar. Setiap gambar ada cerita,remember? Jadi, ini cerita awak dan saya ;)



Tetiba ada gambar ni, tak masuk. takpeee, rindu dorm 1 :')

Juara lompat tinggi mungkin :/

Moga tak lupa kenangan ni :)

Dear NURUL SAKINAH MOHD HEREE. Susah bakal imam awak nak lafazkan akad. HAHA. Mohon terasa ;p K, maaf untuk entry yang tak seberapa. tapi, inilah luahan hati saya untuk awak. Moga terhibur. Pesanan saya, jaga diri. Jaga bahas. Jaga pengawas. Good luck study. Ingat, perbandingan adalah sesuatu yang kejam. Gunakan apa yang ada untuk buat kebaikan. Moga dalam jagaanNya selalu. Uhibbukifillah, insyaAllah. Jumpa di firdausy nanti ;)

Razin. Haha, orang kenal razin masa orang f2. Mula nampak potensi dalam diri Razin. Cewaahh. Okay, so tadi dah cerita pasal Sakinah. Now is your turn :) Ahmad Razin Mohd Nizar, terima kasih untuk semua kenangan. Untuk semua pengorbanan, jasa. Orang banyak susahkan Razin. Daripada bahas, ke syarahan ke pidato. HAHA. Sangat banyak, mohon dihalalkan semuanya. Razin junior yang baik. Seorang yang amanah dalam kerja, esp pengawas. Ingat apa yg ustaz nizam pesan. Gunakan apa yang ada untuk buat kebaikan. Macam yg org pesan pada Sakinah td. Jangan terlalu humble, kalau rasa diri tu tak layak. Tapi siapa Razin untuk cakap mcm tu. Ustaz Sufian pernah cakap, perancangan Allah tu mengatasi perancangan manusia. Gunakan kesempatan yang ada untuk perbaiki diri. Oneself is not found. It is created ;) Jadi, jangan bazirkan masa mencari siapa diri Razin. Tapi gunakan yg sedia ada untuk cipta diri sendiri jadi yg lebih baik. Sepanjang 4 bulan ni, byk susahkan Razin. Org mintak maaf. Manfaatkan semua ilmu yang Razin ada untuk tolong team bahas sekolah yang kononnya hambar tu. Tapi hanya kita, bbdk bahas je tahu mcm mana bahagianya saat tu. Terima kasih untuk semuanya. Pesanan orang, jaga team bahas. Jaga form. Jaga pengawas. Ingat semuaa pesanan org yg sebelum sebelum ni. Razin boleh :) Okaayy, terima kasihh utk semuaaa. Doakan orang SPM. Sakinah pun tauuuu ^.^ Okay, nah gambar.






Okay, ini kelakar. Lol.



Ingat tak lagu tema kita semuaa? LET IT GO FROZEN :) Oh yaa, ada lagi. ARJUNA BETA.



Sakinah, thanks utk lagu All About Us :)

Till here. Terima kasih Sakinah, Razin. Keep on walking. Stay on the right path :) Moga sentiasa di bawah rahmatNya. Dunia ni tempat untuk menuai. Hasilnya di akhirat kelak. Mohon jangan bersenang di dunia persinggahan ni ye. Takut di sana susah nanti. 

1 comment:

Syahrfan said...

Teringgat kenangan nyanyi let it go bersama2...