15 March 2015

Create Your Own.


Assalamualaikum. Hai.

Aku tahu memang dah lama sangat tak update. Ada laa dalam setahun. Last update masa tu umur still lagi 17. Laa ni update umur dah 18 :) Setahun dah kan. Sekejap je masa berlalu.

Result SPM pun dah dapat. Alhamdulillah, yang terbaik Allah bagi. Syukur sangat sangat. Berapa? Nanti pm personal laa, nak habaq kat sini kang macam riak kang dosa takmo takmo. So, untuk yang lain SELAMAT BERJUANG, teruskan perjalanan awak. Untuk akak akak dan abang abang lepasan SPM, selamat menempuh alam baru. No more sch uniform, no more teachers, dah takde dah lepasni. All the best semua esp for my beloved Quintessence :') SPM 2014.


Perjalanan akan diteruskan. Maka pesawat Quins1014 akan berlepas ke destinasi seterusnya. Terima kasih untuk transit selama lima tahun di sana, SBPI Selandar.

Lepasni semua bawa haluan masing-masing. Bila tengok muka sorang-sorang, "Oh besar dah ghupenye" Muka selebet Tingkatan 1 dah lama hilang tah ke mana. Muka cantik macho Tingkatan 5 pulak yang ambil alih. Masa Tingkatan 1 ramai cikgu bujang, lepastu kita duk sibuk sama ikuti alam percintaan cikgu cikgu sampai la kahwin. Lepastu kita sama sama sibuk duk jadi babysitter pada anak cikgu-cikgu pulak. Kita memang, bila yang namanya warga SISME, haa kira sedarah laa tu. Boleh jamin, kenangan dekat sini takkan pernah sama dengan yang kenangan yang akan datang nanti.

Sebab orang dah lain. Bukan orang yang sama lagi. 

Okay laa, habis cerita pasal sekolah. Dari haritu, ramai yang duk tanya kenapa blog private. Kenapa dah lama tak update blog. Kenapa menyepi. HAHA, minta maaf lah, bukan taknak update blog cuma mood tu dah lama melayang tak balik balik. Sekarang baru rasa nak update blog, nak tulis balik. Tu yang simple gila blog kali ni. Yelaa orang dah lapan belas kann, kena laa matang sikit *UhukUhuk*

So, tujuan buat entry ni sebab nak menjawab soalan wajib untuk budak lepasan SPM :p

"Hang buat pa na lepaih ni?"

Haa laa ni, ceq jawab naa. Alhamdulillah, sebelum result keluar lagi aku dah tergerak hati untuk mohon STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) kira macam form 6 laa. Aku pilih nak ambil STAM kat Al Asyraf, Pulau Sebang. Dah tu je yang ada kat Melaka ni. Nak pergi luar Melaka, hati macam tak sado je. Macam tak sado je. HAHA. So, dah tahu aku buat apa sekarang ni ;)

"Laaa, awat hang tak pegi u? Result lagu tu molek doh."

"Pasai apa amek benda senang, tu hok medic engineering pasai apa tak ameq?"

"Rugi nohh hang dok belajaq benda ni, bakpo masuk sbp dulu?"

"Hang masuk u pun boleh gok belajaq ilmu ni, pasai apa jd bdk sk?"

"Gini deh, nanti masa degree, hang pi la tukaq ambiq medic ka, baguih tu"

Pilihan sendiri. Sebab aku tak suka ikut orang, aku tak suka buat benda yang cliche yang majoriti buat. Umpamanya macam jalan laa, kalau semua tuju satu jalan yang sama pada yang sama, kan sesak. Aku tak suka. Aku pun tatau kenapa. Tapi hakikatnya macam tu laa. Aku tak suka buat benda yang sama macam orang lain buat. Walaupun umum kita semua tahu memang tu jalan yang orang semua akan pergi lepas SPM -- maksud aku, universiti.

Berasak asak nak mohon biasiswa, nak mohon universiti, nak rebut program luar negara. Yeah, itu hak dan pilihan masing-masing. Aku ni pula, entah kenapa sampai habis SPM aku langsung takde hala tuju perancangan lepas SPM *ni teruk ni, jangan contohi*. Aku taknak bila aku mohon UPU sebab aku ikut orang, sebab memang tu perjalanan yg ditetapkan, sebab mak ayah suruh. Tak. Pada aku, ni permulaan hidup aku yang buat pertama tama kalinya aku yang kena tentukan. Bukan kerajaan, bukan mak ayah, bukan kawan, bukan jugak pokok atau haiwan -- Mereka semua sebagai pendorong je. Yang kena buat pilihan tetap aku, diri sendiri. Jadi, ini yang aku pilih.

Habistu ke mana pilihan aku ni akan bawa aku? End up aku nanti kat mana?
Aku pun belum tahu jawapan tu, aku tak tahu ke mana pilihan aku ni akan bawa aku dan sejauh mana pilihan aku ni mampu bawa definisi berjaya di dunia ni. Aku tak tahu. Dulu masa zaman SPM, memang perancangan aku sama je macam orang lain. Lepas SPM nak mohon universiti, tapi akhirnya hati aku kata lain. Dan pilihan yang aku buat pun lain.

Bukan senang nak hadap orang orang yang dah ramai menaruh harap pada kita untuk masuk universiti, tup tup kita duk pilih benda yang orang tak jangka. Tapi takpe, aku akan teruskan apa yang aku tengah buat sekarang.

Jalan yang aku tatau ke mana akan pergi. Tapi yang aku tahu, ini laluan yang betul. Biarpun banyak suara suara yang suruh patah balik, dan hati aku makin terusik dari hari ke hari, tapi masih ada lagi sisa yang berbaki di hati yang menyuruh aku teruskan apa yang aku tengah buat.


Jadi pesanan untuk adik-adik, mula merancang dari sekarang. Ingat, perjalanan hidup kita bukan mak ayah yang tolong pilih sebab bukan mereka yang akan jalani kehidupan kita masa depan nanti. Kita yang akan jalani. Mak ayah sebagai pendorong, pembimbing supaya kita tak salah pilih. Hakikatnya -- kita tetap kena buat pilihan sendiri. Jadi, pilih yang terbaik untuk diri kita, bukan untuk orang lain. Kalau rasa ada ragu, minta dengan Allah. Yang itu paling penting, jangan lupa.

Bukan setiap masa perjalanan kita kena sama corak macam orang. Bukan setiap waktu juga derap langkah kita kena sama rentak macam kawan sebelah. Dan tak pernah berlaku, perjalanan yang kita tempuh tu semua sama macam yang lain.

Choose your own path. And create your own story :) Wish you luck and pray for us -- Quins1014. May Allah ease everything, InsyaAllah.



4 comments:

Anonymous said...

Nice one kak Adda...

elle said...

May he ease your journey. Allah yutfah alaikum.

syariena said...

gud luck kk adda...org rindu akk

Unknown said...

semoga jln yg addah ambil sntiasa diredhai ALLAH,,